Wednesday 21 March 2012

Jemputan Langsung


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kepada pelancong-pelancong yang ingin datang ke Melaka, anda di jemput untuk hadir ke rumah traditional ini pada 24/3/2012 atas urusan Majlis Perkahwinan. Marilah beramai-ramai memeriahkan majlis perkahwinan ini untuk melihat keunikan tema dan konsep nya.

 
**gambar sekadar hiasan**






Monday 16 January 2012

Rumah Traditional Haji Joret bin Ali.


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Rumah yang serba unik, tradisional dan melambangkan melayu melaka ini dimiliki oleh seorang Mantan YB di kampung itu Haji Joret Ali. Rumah itu mempunyai keluasan seluas lebih kurang 50 kaki lebar, tinggi dan panjang dilengkapi dengan perabot dan kemudahan penginapan kepada pelancong yang datang dari dalam mahupun luar negara.

Di dalam rumah ini terdapat dua bilik tidur, satu bilik air, sebuah loteng dan kemudahan elektrik yang lain seperti televisyen, kipas dan lampu. Haji Joret Ali mempunyai sebab yang tertentu kenapa beliau tidak mahu menggunakan penghawa dingin di dalam rumah tradisional tersebut. ini kerana beliau ingin memberikan perasaan dan suasana kampung kepada pelanggannya atau sesiapa yang berkeinginan untuk menginap di rumah itu.

Keadaan di sekitar nya memberikan atau mendatangkan udara yang nyaman kepada pelancong kerana terdapat pokok-poko rendang dan tempat beristirehat di luar rumah. Di kawasan kediaman warisan Joret Ali ini berhadapan dengan sungai Melaka yang merupakan laluan cruise. Kepada sesiapa yang pernah berkunjung melawat Kampung Morten, ia juga adalah kawasan laluan Monorel. 

 
Lokasi rumah ini juga berhampiran dengan pelbagai tempat-tempat rekreasi dan pelancongan. Jadi, tak rugi sekiranya rumah ini dipilihuntuk bermalam dan menjadikan percutian di Bandar Bersejarah Melaka begitu hebat!


 **Pemilik rumah warisan tradisional Melaka**


**kawasan disekitarnya memberikan nostalgia kemelayuan..**